Nama Program : Pengurusan Masa & Hala Tuju Kerjaya SPM
Tarikh : 19-20 Januari 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKTHO
Anjuran: Unit Bimbingan & Kaunseling
Dikendalikan Oleh : Kaunselor :
Pn.Mazwani,Pn.Nor Azimi Binti Kasim,Pn.Nooradila Binti Hashim
MATLAMAT / OBJEKTIF PROGRAM
- Meningkatkan tahap kesedaran dan motivasi pelajar untuk menjadi insan yang berjaya.
- Memupuk cara belajar dan mengurus masa dengan lebih efektif.
- Meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah dalam keputusan SPM.
PENGISIAN PROGRAM
Pelajar dapat bersua muka dan berkomunikasi dua hala bersama Tuan Pengetua sebagai sesi ramah mesra.Tuan Pengetua menyampaikan amanat dan hasrat daripada pihak sekolah kepada semua anak-anak pelajar Tingkatan 5.Selain itu, perbincangan dua hala atau perluahan perasaan daripada anak pelajar juga turut didengar oleh Tuan Pengetua dan dicatatkan sebagai tanda keprihatinan pihak sekolah terhadap anak-anak pelajar yang akan menduduki SPM kelak.
Setelah sesi bersama Tuan Pengetua selesai, Kaunselor mengambil alih dan berkongsi teknik pengurusan masa dan hala tuju selepas SPM.Selain itu, pelajar di minta untuk mengisi borang aku janji SPM iaitu perjanjian menetapkan target oleh pelajar dan ditandatanganioleh waris mereka.
GALERI PROGRAM
KLIK DISINI <<
2 comments
musadun
February 6, 2016 at 3:59 am (UTC 8) Link to this comment
Program macam ni amat penting utk pelajar yg bakal tamatkan spm..jangan nanti jadi macam saya dulu, cuma nampak kos medik dan engineering sahaja selepas spm.
musadun
February 25, 2016 at 9:23 pm (UTC 8) Link to this comment
program hala tuju lepas spm ni wajib kena ada. sebab ada sebahgian pelajar terutamanya pelajar aliran sains, apa yang mereka tahu lepas spm cumalah kos perubatan dan engineering.