«

»

Jun 17

Jemputan Ke Program Jaya Waris Dan Hari Bertemu Pelanggan 2016

Kepada,

Semua Ibu/Bapa/Waris/Penjaga Murid Tingkatan1,2 dan 4

Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn,

13700 Perai, Pulau Pinang.

 

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM JAYA WARIS DAN HARI BERTEMU PELANGGAN 2016

 

Dengan hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa SMK TUN HUSSEIN ONN akan mengadakan program di atas mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh : 29hb Jun 2016 (Rabu)

Waktu : 10.30 pagi hingga 2.00 petang

Tempat : SMK Tun Hussein Onn

 

3. Untuk makluman pihak tuan/puan, program ini bertujuan memberi maklumat terkini mengenai prestasi akademik dan personaliti anak/jagaan tuan/puan.Jesteru itu pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan  untuk hadir dalam program tersebut.

4. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dibenarkan untuk membawa balik anak/jagaan tuan/puan mulai jam 10.30 pagi.

5.Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,terima kasih.

 

 


 

 

Kepada,

Semua Ibu/Bapa/Waris/Penjaga Murid Tingkatan3 & 5

Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn,

13700 Perai, Pulau Pinang.

 

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM JAYA WARIS DAN HARI BERTEMU PELANGGAN 2016

 

Dengan hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Tun Hussein Onn akan mengadakan program motivasi bagi semua waris dan murid yang terlibat dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini. Program tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-

 

Tarikh : 29hb Jun 2016 (Rabu)

Waktu : 8.30 pagi hingga 10.30 petang

Tempat : SMK Tun Hussein Onn

 

3. Untuk makluman pihak tuan/puan, program ini bertujuan meningkatkan motivasi anak/jagaan tuan/puan serta memberi maklumat terkini mengenai prestasi akademik anak/jagaan tuan/puan. Jesteru itu pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan untuk hadir dalam program tersebut.

4. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dibenarkan untuk membawa balik anak/jagaan tuan/puan mulai jam 10.30 pagi.

5.Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,terima kasih.

 

TING 1,2,4-page-001TING 3,5-page-001

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>