«

»

Mar 16

Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2016

Tarikh:16 Mac 2017

Tempat:Dataran Transformasi

Masa:10.00Pagi-12.30 tengahari

Peperiksaan SPM merupakan peperiksaan besar bagi murid-murid tingkatan lima.SPM merupakan platform kepada murid-murid tingkatan lima dalam melebarkan sayap meneruskan pendidikan ke peringkat tertinggi seperti Universiti,Kolej,Tingkatan Enam atau ke Matrikulasi.Justeru,majlis ini diadakan bagi memberikan penghargaan dan meraikan anak-anak yang bakal mengambil keputusan SPM.Hari ini merupakan hari terpenting dalam hidup mereka,dan semoga majlis ini menjadi salah satu sejarah manis dalam kehidupan mereka.Semoga mereka terus melakar kecemerlangan walau dimana jua mereka berada.

 

OBJEKTIF

  • Memberi penghargaan dan meraikan murid yang cemerlang bersama waris.
  • Membina jalinan hubungan yang baik dengan pihak luar.
  • Memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang khusus-khusus yang ditawarkan di IPTA/IPTS untuk lepasan SPM.
  • Saluran makluman yang tepat dan terkini disampaikan oleh pihak kolej dan Universiti semasa program dijalankan.
  • Menyampaikan maklumat tentang halatuju selepas SPM kepada murid supaya mereka bersedia untuk menyambung pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi.
  • Lebih fokus dan Yakin dengan pilihan kerjaya selapas SPM.

 

GALERI PROGRAM

KLIK DISINI <<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>