«

»

Sep 12

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sesi 2017/2018

Tempat :Dataran Transformasi SMKTHO

Masa:7.40 pagi

Tarikh:18 Ogos 2017 (Jumaat)

 

Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas Koperasi Sekolah atau Pemimpin Muda merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak pentadbiran sekolah.Mereka merupakan murid pilihan yang mempunyai daya keterampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik,sahsiah mahupun kokurikulum.

Peranannya amat penting dalam membantu pihak sekolah dalam memastikan peraturan dan pengurusan sekolah dalam memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan lancar.Namun begitu,peranan murid-murid yang terlibat masih perlu dimantapkan lagi agar ia mampu bergerak aktif ke arah matlamat asal penubuhannya dengan menggerakkan kepimpinan daripada kalangan ahlinya.

 

RISIONAL

Diharapkan jawatan yang digalas dapat melatih pengawas menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab serta titik permulaan terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

 

MATLAMAT

Melahirkan pemimpin berwibawa dalam kalangan pelajar supaya mampu untuk memimpin dan menggerakkan badan Pengawas Sekolah,Pusat Sumber serta Koperasi di sekolah sebagai satu badan khidmat sokongan yang disegani dan dihormati,serta mampu membantu sekolah melahirkan generasi murid yang cemerlang.

 

OBJEKTIF

  • Melantik Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas Koperasi Sekolah sebagai Organisasi Kepimpinan Sekolah.
  • Mengumumkan barisan peneraju utama Pengawas Sekolah.
  • Memperkenalkan barisan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas Koperasi Sekolah kepada murid SMK Tun Hussein Onn.
  • Menimbulkan rasa tanggungjawab menjalankan tugas melalui pengiktirafan ini.

GALERI PROGRAM

KLIK DISINI <

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>