«

»

Oct 23

Majlis Bacaan Yassin,Solat Hajat & Ceramah Motivasi PT3 & SPM 2017

Tempat :Masjid Jamek Seberang Jaya

Tarikh:30September 2017

Anjuran:Panitia Pendidikan Islam

 

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk PT3 dan SPM adalah salah satu program yang dirancang dan dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam pada setiap tahun apabila menjelang musim peperiksaan.Pengisian dan aktiviti yang dilaksanakan diharapkan dapat mengisi tuntutan sebagai hamba yang taqarrub kepada Allah S.W.T supaya membantu para pelajar tingkatan 3 dan 5 menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM dengan lebih tenang dan yakin.

 

OBJEKTIF

  • Mendedahkan pelajar kepada cara memohon bantuan daripada Allah SWT.
  • Membantu para pelajar untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dan bertawakal kepadaNYA setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
  • Meningkatkan semangat juang pelajar dari aspek kerohanian untuk berjuang sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan.
  • Memupuk dan mengeratkan hubungan antara guru,ibubapa dan pelajar.

 

GALERI PROGRAM

KLIK DI SINI <

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>