«

»

Mar 19

Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2018

Tempat :Dewan Transformasi SMKTHO

Tarikh:10 Januari 2018

Masa:7.30 pagi – 9.10 pagi

 

Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulikan (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,bersikap mesra,mengambil berat,berbudi bahasa,saling menghormati,sentiasa ceria,prihatin dan sabar.

Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian,dijaga,dibimbing,dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.Justeru adalah diharapkan setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaannya.

 

OBJEKTIF

  • Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya ilmu.
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
  • Menghargai sumbangan murid,ibubapa,komuniti/masyarakat kepada sekolah.

 

GALERI PROGRAM

Arrow
Arrow
ArrowArrow
Slider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>