«

»

Feb 05

Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang & Jom Ke Sekolah

Tarikh:10 Januari 2020 (Jumaat)

Masa:7.30 pagi-8.40 pagi

Tempat:Dataran Transformasi SMKTHO

Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM Membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid.Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang.Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal persekolahan 2020 ini diharap akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

OBJEKTIF PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

  • Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh & saling hormat menghormati antara mentor-mentee.
  • Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
  • Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah,hasil daripada bimbingan & sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mereka.

OBJEKTIF PROGRAM JOM KE SEKOLAH

  • Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
  • Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau diluar sekolah.

GALERI PROGRAM

Arrow
Arrow
Slider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>