Sekolah Bebas DARIH

BUTIRAN AM

 

Tajuk :SEKOLAH BEBAS DARIH

PARLIMEN PERMATANG PAUH

Anjuran :JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG DENGAN

KERJASAMA AADK NEGERI PULAU PINANG

DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA.

 

PENGENALAN

1. Dadahmerupakanmusuh No1Negara.Aspek pendidikan dan pencegahan dadah

amat penting memandangkan generasi pelapis Negara khususnya,kini berdepan

dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran

tentang bahaya dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti

2. SMK Tun Hussein Onn merupakan antara 14 buah sekolah yang terpilih dalam

Daerah Seberang Perai Tengah untuk melaksanakan projek rintis ini.

3. Diharap melalui projek ini dapat memberi impak terhadap pejalar secara menyeluruh

demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan

menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

 

KONSEP &TEMA

KONSEP :SAYANGI NEGARA

TEMA :BERSAMA HAPUSKAN DARIH

 

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini adalah untuk :

  • Meningkatkanpenglibatanpelajardalam program-program yang dijalankan.
  • Mendidik pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri,masyarakat dan negara.
  • Menyemai dan menanam sikap benci terhadap najis dadah.
  • Alternatif terhadap program sihat tanpa dadah melalui aktiviti yang dirancang..
  • Membentuk tingkahlaku dan nilai positif dalam kalangan warga sekolah.

 

FAEDAH DAN KEPENTINGAN PROGRAM

Faedah dan kepentingan melalui program ini adalah :

  • Melahirkan generasi pelajar yang bebas darih
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat
  • Membantu dalam melahirkan role-model dalam kepimpinan sekolah.

 

SASARAN

Pelajar dan warga SMK Tun Hussein Onn.

 

PUNCA KEWANGAN &ANGGARAN KEWANGAN

Ditaja oleh : UMNO Bahagian Permatang Pauh.

 

PENUTUP

Menyedari bahawa kesan dan penyalahgunaan dadah kepada diri, masyarakat dan negara, program PPDa merupakan aktiviti sihat yang dapat membendung bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah. ProgramĀ  ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada pelajar untuk menempuh Sistem Pendidikan Negara.

 

D-DADAH

A-ALKOHOL

R-ROKOK

I-INHALAN

H-HIV/AIDS

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>