Mar 29

Majlis Perpisahan Mantan Pengetua En.Ahmad Ezzat bin Ismail

Tempat :Dataran Transformasi SMKTHO

Tarikh:16 Mac 2018

Masa:10.00 pagi

 

GALERI PROGRAM

Arrow
Arrow
ArrowArrow
Slider

Mar 19

Analisis Peperiksaan SPM 2017

spm1

spm2

spm3

Mar 19

Majlis Perasmian Surau Raudhatun Najah SMKTHO

Tempat :Surau Raudhatun Najah SMKTHO

Tarikh:16 Mac 2018

Masa:10.00 pagi – 11.00 pagi

 

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM

  1. Mengisytiharkan secara rasmi nama surau sekolah kepada warga SMK Tun Hussein Onn.
  2. Melahirkan pelajar yang sentiasa mengimarahkan surau dan mendidik pelajar supaya sentiasa memanfaatkan penggunaan surau secara maksima.

 

GALERI PROGRAM

Arrow
Arrow
ArrowArrow
Slider

Mar 19

Pelancaran Program Nilam

Tempat :Dataran Transformasi SMKTHO

Tarikh:28 Februari 2018

Masa:7.40 pagi

 

RASIONAL PROGRAM NILAM

Membina budaya ilmu dalam masyarakat melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.Untuk mencipta budaya ilmu , perlu menjana idea serta pendekatan terancang bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih sistematik , terancang , lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan ke arah pembentukan insan yang seimbang.

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM

1. Menjadikan murid banyak membaca.

2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

MATLAMAT PROGRAM

Membina tabiat membaca dalam kalangan murid

Mar 19

Sambutan Tahun Baru Cina

Tempat :Dataran Transformasi SMKTHO

Tarikh:14 Februari 2018

Masa:8.00 pagi

 

OBJEKTIF

  • Menjalin hubungan yang lebih erat antara warga SMKTHO
  • Membolehkan warga SMKTHO menghayati nilai dan erti semangat perpaduan melalui aktiviti yang dianjurkan.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat cinta dan sayang kepada negara.

 

GALERI PROGRAM

Arrow
Arrow
ArrowArrow
Slider

Mar 19

Majlis Aku Janji Dual Language Program 2018

Tempat :Dataran Transformasi SMKTHO

Tarikh:27 Januari 2018

Masa:8.00 pagi

 

LATAR BELAKANG

  • Dual Language Program (DLP) telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara Bil.21/2015 pada 13 Oktober 2015 dan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet 2016 pada 23 Oktober 2015.
  • Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

 

OBJEKTIF

  • Memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses dan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global.
  • Meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.
  • Membantu menarik minat murid yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat tertiari.

 

ENROLMEN KELAS DLP

Tingkatan 1 Bestari – 33 orang

Tingkatan 1 Cemerlang – 32 orang

Tingkatan 2 Bestari – 30 Orang

Tingkatan 2 Cemerlang – 33 orang

 

GALERI PROGRAM

Arrow
Arrow
ArrowArrow
Slider

Mar 19

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2018

Tempat :Dataran Transformasi SMKTHO

Tarikh:27 Januari 2018

Masa:8.00 pagi

Dirasmikan Oleh:Pn.Hamidah bt Jailani (Ketua Pen.Pengarah Sains JPNPP)

 

GALERI PROGRAM

Arrow
Arrow
ArrowArrow
Slider

Mar 19

Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2018

Tempat :Dewan Transformasi SMKTHO

Tarikh:10 Januari 2018

Masa:7.30 pagi – 9.10 pagi

 

Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulikan (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,bersikap mesra,mengambil berat,berbudi bahasa,saling menghormati,sentiasa ceria,prihatin dan sabar.

Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian,dijaga,dibimbing,dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.Justeru adalah diharapkan setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaannya.

 

OBJEKTIF

  • Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya ilmu.
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
  • Menghargai sumbangan murid,ibubapa,komuniti/masyarakat kepada sekolah.

 

GALERI PROGRAM

Arrow
Arrow
ArrowArrow
Slider

Older posts «

» Newer posts